Wijnaldum percaya dia berhak menerima kenaikan gaji di Anfield sejajar dengan sumbangan besar membantu the Kops menjulang gelaran domestik dan Eropah

LONDON – Gini Wijnaldum mahu terus kekal bersama Liverpool tetapi menuntut gaji besar sejajar dengan peranan besar yang dimainkan di Anfield.

Laporan mendakwa pemain Belanda itu masih kekal dengan tuntutan sambung kontrak lumayan seperti yang ditandatanganinya empat tahun lalu bersama the Kops.

Wijnaldum percaya dia wajar ditawarkan kontrak lumayan bukan hanya sekadar sumbangan di atas padang tetapi juga kerja keras yang dicurahkan untuk kelab dan membantu menjulang gelaran Eropah dan domestik musim lalu.

Klopp juga dikatakan percaya perancang tengah pasukannya ditawarkan kontrak baharu lumayan berbanding mencari penggantinya.

Klopp bimbang sekiranya tuntutan Wijnaldum tidak dilayan kelab, dia mungkin disambar Barcelona yang memantau rapat perkembangan pemain itu di Anfield.

Laporan mendakwa Wijnaldum meminta gaji lumayan dan bersedia meninggalkan kelab untuk berhijrah ke La Ligab Sepanyol jika tuntutannya tidak dilayan pengurusan kelab.

Pemain itu masih belum bersetuju sambung kontrak di Anfield namun kelab percaya boleh memujuk pemain itu kekal dalam pasukan selepas ini sebelum dia membuka perbincangan dengan kelab liga lain.-MalaysiaGazette