Kerja-kerja pembinaan tebing dijalankan.
KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pengalihan paip sementara di atas bahu jalan Lebuhraya SPRINT di Damansara Utama telah selesai pada jam 10 pagi tadi namun bekalan air belum dapat disalurkan pada jam 11.30 pagi seperti yang dimaklumkan.
Ini kerana proses akhir untuk mengukuhkan tebing dan struktur paip di lokasi masih lagi sedang dijalankan.
Kerja-kerja pembaikan paip dijangka siap jam 2.30 petang ini.
Air Selangor berkata, kerja-kerja itu akan selesai pada jam 2.30 petang ini.
Pengukuhan struktur ini sangat penting bagi memastikan kestabilan paip yang telah dialihkan.
Lantaran itu, Air Selangor memohon maaf di atas kelewatan untuk menyalurkan bekalan air kepada para pengguna di kawasan yang terjejas. – MalaysiaGazette