KUALA LUMPUR – Pemain tengah Selangor, Brendan Gan menyangkal berita yang mengatakan dia akan menyertai juara Liga Vietnam, Viettel FC musim hadapan.
Perkara ini dinyatakan oleh Brendan menerusi laman media sosial Twitter miliknya.
“Berita palsu. Kita ada tugas besar yang perlu dilakukan pada musim 2021 bersama Selangor FC. Saya tidak sabar untuk bermula dan mencapai kejayaan musim hadapan. Ayuh Red Giants!,” kata Brendan.
Viettel FC berjaya muncul sebagai juara saingan V-League musim 2020 selepas kelab itu mengatasi Hanoi FC yang berada di tangga kedua dengan kelebihan dua mata.
Kejayaan yang diraih Viettel memberikan mereka slot automatik bagi beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) pada 2021 sekaligus menjadi wakil Asia Tenggara dalam kejohanan tersebut disamping dua kelab Thailand iaitu BG Pathum United dan Port FC serta kelab dari Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).
Brendan mula beraksi bersama Selangor sejak awal musim 2020 selepas berhijrah darui Perak. – MalaysiaGazette
















