Home 2020
Arkib Tahunan: 2020
Azraai sokong tindakan MFL
Seperti ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’, Azraai berkata, setelah pusingan pertama dapat dijalankan pada minggu lalu, adalah satu kerugian membiarkan pertandingan itu terhenti di separuh jalan, katanya.
Sidang Kemuncak ASEAN fokus isu Covid-19, Laut China Selatan – Hishamuddin
“Saya baharu sahaja selesai menyertai tiga mesyuarat melibatkan Menteri Luar ASEAN, ini merupakan persediaan sebelum Sidang Kemuncak yang akan melibatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis ini," katanya.
Johan tinggalkan JDT
Sebelum menyarung jersi JDT III, Johan pernah beraksi bersama skuad B-19 tahun Tus Hornau, sebuah pasukan yang beraksi dalam saingan Divisyen 2 Liga Jerman
Polis tahan penoreh palsu surat sokongan Agong
Perbuatan suspek terbongkar selepas seorang pegawai di pejabat Sultan Pahang menerima maklumat mengenai surat itu dan mengesahkan bahawa pejabat berkenaan tidak pernah mengeluarkan surat sokongan atau disebut sebagai surat kuning itu
Pasangan suami isteri antara 4 ditahan disyaki terlibat kegiatan wang Kripto
Polis temui wang tunai RM1.4 juta di dalam peti besi.
Gara-gara bayaran tinggi, tawaran berlakon ditarik balik – Adi Putra
"Saya dapat tawaran drama bersiri, saya letak gaji tinggi yang memadai…lepas tu tak jadi, dikatakan saya demand. Kenapa saya buat begitu? Kerana niat saya nak bantu rakyat yang susah dari semua gaji saya," katanya.
Tangguh Piala Malaysia: Jurulatih sokong rayuan MFL
Harap-harap kita masih boleh meneruskan saingan ini tetapi apa-apa pun kami tetap akan menghormati apa jua perancangan daripada MFL dan juga keputusan dari pihak kerajaan, kata Pengendali Kedah, Aidil Sharin.
Gnanalingam dipilih Usahawan Tahun 2020 oleh ACES
Pengerusi Eksekutif Westports Malaysia Sdn. Bhd. itu dipilih kerana berjaya untuk merancang dan melaksanakan fasa penambakan tanah pada kos yang lebih kompetitif untuk perluasan terminal kontena gergasinya di sebalik pemberhentian seketika dalam pertumbuhan syarikat pada tahun-tahun sebelumnya.
Pengusaha sekolah swasta gesa kaji arahan penutupan sesi persekolahan
Penutupan sesi persekolahan yang panjang bukan sahaja boleh menyebabkan lebih banyak pengusaha akan gulung tikar malah turut menimbulkan masalah secara langsung khususnya kepada golongan ibu bapa yang berkerja, kata Zaliza.
Tanah runtuh: Lokasi runtuhan belum selamat, pergerakan tanah masih berlaku
Keadaan baru berlaku awal pagi tadi, ditambah dengan faktor cuaca hujan, jadi dalam tempoh dua ke tiga hari ini keadaan tidak selamat. - Datuk Ahmad Zukni Ahmad.

















