KUALA LUMPUR – Seramai 26 warga tempatan berumur antara 20 hingga 55 tahun terlibat dengan kesalahan jenayah, narkotik dan memandu di bawah pengaruh alkohol pada malam ambang tahun baru.

Menerui Op Bersepadu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkta, sebanyak 35 kompaun dikeluarkan kerana kesalahan melanggar Perintah kawalan Pergeragakan Bersyarat (PKPB).

Selain itu katanya 1,424 buah kenderaan dan 1,705 orang telah diperiksa selain 146 saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas dengan pelbagai kesalahan.

Beliau berkata Op Bersepadu Pencegahan Jenayah Sempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2021 itu diadakan dengan kekuatan 27 pegawai kanan dan 318 pegawai rendah polis dari IPD Petaling Jaya. -MalaysiaGazette