Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan
menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit
produk petroleum bagi tempoh 2 Januari 2021 sehingga 8 Januari 2021
adalah ditetapkan seperti berikut:

 

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik sebanyak 4 sen seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Januari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, RON95 dijual pada harga RM1.84 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.14 seliter.

Katanya, harga runcit diesel pula naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.98 seliter kepada RM2.01 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette