KUALA LUMPUR – Sesuatu yang langsung tidak boleh dinafikan, UMNO berperanan memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat sejak sekian lama.

Parti itu telah banyak memainkan peranan terutamanya kepada bangsa Melayu dan tidak pernah lari dari dugaan serta fitnah dan tidak tidak pernah patah semangat kerananya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, setiap dugaan yang dihadapi perlukan kecekalan untuk terus mara ke hadapan demi bangsa dan rakyat.

“UMNO merupakan sebuah perjuangan yang sentiasa diduga dengan pelbagai onar dan fitnah, sebuah perjuangan yang tidak mengenal erti penat lelah, sebuah perjuangan yang tidak patah dipukul zaman,” katanya dalam kenyataan sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri yang bermula hari ini sehingga 3 Januari.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri itu akan diadakan serentak di 191 bahagian dengan membabitkan kira-kira 764 persidangan dengan empat mesyuarat perwakilan untuk setiap bahagian. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. UMNO terlalu sombong semasa berada dipuncak kuasa, mana2 rakyat marhain yang tidak menyokong mereka dianggap musuh dan dinafikan hak sebagai rakyat dan pembayar cukai… UMNO perlulah menyelidik dan membuat kajian dan menerima keputusan walaupun amat menyakitkan. Perobohan masjid bujal di kemaman dan pembatalan pemilik tanah yg dilakukan semasa mantan MB Datuk Seri Idris Bin Jusoh adalah bukti jelas dan nyata…Fikir2kan banyak2..dan jgn berpolitik keterlaluan.. Tak dinafikan sumbangan baik umno tetapi perbuatan buruk pimpinan umno dahulu amat merugikan bangsa melayu…

Comments are closed.