Keadaan helikopter yang terhempas di dalam kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pagi ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah helikopter persendirian terhempas dalam kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), sebentar tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Norazam Khamis yang mengesahkan kejadian itu berkata, dua mangsa yang menaiki helikopter terbabit cedera.

Katanya, kejadian yang berlaku pada pagi ini turut menyebabkan pemandu helikopter serta pembantunya cedera ringan dan menerima rawatan ambulans di West Port.

“Kedua-dua mangsa sudah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Tidak ada kebakaran yang berlaku,”,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast