BEIRUT – Seorang wanita warga Syria yang tinggal di timur Lubnan meninggal dunia apabila terkena tembakan yang dilepaskan bagi meraikan kedatangan tahun baharu.

Pada masa yang sama, sebuah pesawat yang diparkir di lapangan terbang Berut turut terkena tembakan dalam dua insiden berasingan, lapor agensi berita rasmi Lubnan.

Wanita warga Syria yang tinggal di kem pelarian di Baalbek itu meninggal awal pagi selepas terkena peluru di kepala, menurut National News Agency.

Pesawat Middle East Airlines yang berada di lapangan terbang Beirut pula terkena tembakan yang dilepaskan berhampiran kejiranan selatan Beirut ketika penduduknya meraikan tahun baharu.

Pesawat tersebut kemudiannya dibenarkan berlepas seperti dijadualkan selepas para jurutera pasti ia selamat untuk terbang, lapor AP.

Melepasan tembakan ke udara bagi meraikan sesuatu majlis seperti perkahwinan dan pengkebumian merupakan sebahagian daripada amalan penduduk Lubnan.

Pada September lalu, pemain bola sepak Lubnan, Mohammed Atwi, 33, meninggal dunia selepas sebulan terkena peluru sesat semasa  pengkebumian salah seorang mangsa letupan di pelabuhan Beirut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast