Polis masih berusaha mengesan mayat bayi lelaki yang ditanam seorang lelaki di kawasan tanah perkuburan di Bagan Dalam, dekat sini dalam kejadian awal pagi Jumaat.
Gambar hiasan
SEOUL – Korea Selatan merekodkan lebih banyak kematian daripada kelahiran pada tahun 2020 untuk pertama kalinya, sekali gus menimbulkan kerisauan di negara ini yang sudah mempunyai kadar kelahiran terendah di dunia.
Hanya 275,800 bayi dilahirkan tahun lalu, turun 10% dari tahun 2019.
Manakala kira-kira 307,764 orang dilaporkan meninggal dunia.
Angka-angka tersebut mendorong Kementerian Dalam Negeri untuk meminta “perubahan fundamental” terhadap dasar-dasarnya.
Jumlah penduduk yang merosot memberi tekanan besar kepada sebuah negara.
Selain daripada peningkatan tekanan pada perbelanjaan awam ketika permintaan untuk sistem kesihatan dan pencen meningkat, populasi belia yang menurun juga menyebabkan kekurangan tenaga kerja yang memberi kesan langsung kepada ekonomi.
Bulan lalu, Presiden Moon Jae-in melancarkan beberapa polisi yang bertujuan untuk menangani kadar kelahiran rendah, termasuk insentif tunai untuk keluarga.
Di bawah skim ini, mulai tahun 2022, setiap anak yang dilahirkan akan menerima bonus tunai 2 juta won untuk perbelanjaan pranatal, di samping pembayaran bulanan sebanyak 300,000 won yang diserahkan sehingga bayi berusia setahun.
Insentif akan meningkat menjadi 500,000 won setiap bulan mulai tahun 2025. – MalaysiaGazette