Keadaan laluan di Kilometer (KM) 84.6 sehingga KM84.7 berhampiran Lanchang, ditutup sepenuhnya kerana banjir. foto LPT

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 dinasihatkan menangguhkan perjalanan masing-masing kerana laluan di Kilometer (KM) 84.6 sehingga KM84.7 berhampiran Lanchang, ditutup sepenuhnya kerana banjir.

Syarikat konsesi LPT, ANIH Berhad (ANIH) dalam kenyataan memaklumkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan mulai jam 11.30 malam tadi kerana dilimpahi air susulan hujan lebat yang berterusan dengan kedalaman air setinggi 1 meter.

“Pengguna dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan dan mematuhi arahan petugas di lokasi.” katanya menerusi akaun Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

Laluan di KM113, masih boleh dilalui oleh kenderaan.

Namun, tiada perubahan dari status pada 3 Jan 2021.

Bagi maklumat terkini, para pengguna boleh mengikuti laman rasmi media sosial ANIH Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700. – MalaysiaGazette