Perlukah kita bergantung kepada vaksin sepenuhnya atau bergantung kepada antibodi semulajadi bagi membina ketahanan untuk melawan Covid-19 ini?- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan mengumumkan terdapat tiga negeri telah dikategorikan sebagai negeri merah selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Selepas Selangor dan Melaka, kini giliran Pulau Pinang digolongkan dalam kategori negeri zon merah.

Pada Jumaat lalu, negeri itu masih mencatatkan satu zon jingga kini bertukar sepenuhnya kepada merah apabila daerah Seberang Perai Utara mencatatkan 57 kes berbanding 37 kes pada Sabtu.

Empat zon merah sedia ada di negeri itu adalah daerah Timur Laut dengan 430 kes, Barat Daya 406, Seberang Perai Selatan dengan 181 kes dan daerah Seberang Perai Tengah 70 kes.

Masih menunjukkan peningkatan drastik adalah jumlah kawasan zon merah di negara ini yang mana Semanjung mencatatakan 41 zon merah berbanding 36 zon merah semalam.

Negeri Sabah juga menunjukkan peningkatan satu lagi zon merah iaitu Kudat yang mencatatkan 44 kes positif semalam menjadikan jumlan keseluruhan zon merah di negeri itu kini 17 kawasan.

Antara kawasan lain adalah 666 kes di Kota Kinabalu, Lahad Datu 433 kes , Penampang 466 kes, Tawau 330 kes, Sandakan 310 kes, Tuaran 99 kes, Papar 158 kes, Putatan 148 kes, Ranau 110 kes, Kota Belud 99 kes, Keningau 99 kes, Semporna 51 kes, Tambunan 62 kes, Kinabatangan 55 kes dan Kunak 45 kes positif Covid-19.

Di Melaka, keadaan sedikit berubah apabila jumlah positif Covid-19 terus meningkat kepada 622 kes di mana daerah Melaka Tengah dengan 55 kes positif, daerah Alor Gajah 322 kes, dan daerah Jasin dengan 245 kes.

Empat mukim di Kuala Lumpur dengan Lembah Pantai mencatatkan 1,878 kes, Titiwangsa 814 kes, Kepong 918 kes, dan Cheras dengan 545 kes positif Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya juga mencatatkan zon merah dengan 65 kes positif Covid-19 direkodkan semalam.

Johor pula masih kekal dengan tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes melebihi 40 kes iaitu Johor Bahru dengan 1,611 kes diikuti Kluang 711 kes.

Daerah lain adalah Kota Tinggi 207 kes, Batu Pahat 115 kes, Pontian 112 kes, Kulai 92 kes dan Muar meningkat mendadak kepada 392 kes positif Covid-19.

Di Pulau Pinang, tinggal satu daerah sahaja yang masih berada di zon jingga iaitu Seberang Perai Utara iaitu dengan 28 kes.

Empat zon merah di negeri itu adalah daerah Timur Laut dengan 226 kes, Barat Daya 333, daerah Timur Laut 226, dan Seberang Perai Selatan dengan 173 kes.

Perak juga mencatatkan tiga zon merah iaitu Hilir Perak dengan 137 kes, Kinta 129 kes dan daerah Larut Matang Selama dengan 62 kes.

Sehingga semalam, tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Pahang masing-masing masih mencatatkan satu zon merah.

Daerah Kota Bharu dengan 219 kes, daerah Bentong dengan 436 kes, dan daerah Kota Setar dengan 74 kes.

Negeri Sembilan mencatatkan dua zon merah iaitu daerah Seremban mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 772 kes, diikuti dearah Jelebu dengan 64 kes.

Sarawak yang semakin menghampiri negeri zon hijau bagaimanapun mencatatkan peningkatan kes Covid-19 kepada 18 kes berbanding 12 kes pada Sabtu.

Kuching mencatatkan enam kes positif Covid-19, tiga kes di Meradong, dua kes di Bintulu dan Sibu, dan masing-masing satu kes di Lawas dan Kapit.

Negeri Perlis masih dikategorikan sebagai zon hijau dengan sifar kes positif Covid-19. – MalaysiaGazette