Ahmad Jazlan Yaakub

KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Jazlan Yaakub meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ahli Parlimen Machang, Kelantan itu mengumumkan perletakan jawatan itu menerusi kenyataan media Pusat Khidmat masyarakat Parlimen hari ini.

Katanya, beliau telah menghantar surat perletakan jawatan itu kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada hari ini pada jam 4 petang hari ini.

“Surat perletakan jawatan saya telah di serahkan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali di pejabat beliau sebentar tadi dan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi MPOB berkuatkuasa 6 Januari ini (Rabu),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataannya itu, beliau turut menghargai segala kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli Lembaga, Pengurusan dan warga MPOB sepanjang perkhidmatannya dengan agensi itu.

“Didoakan semoga MPOB terus maju dan berdaya saing dengan membantu rakyat yang terlibat dengan komoditi sawit termasuk pemegang taruhnya,” ujarnyanya.

Terdahulu MalaysiaGazette melaporkan Pengerusi UMNO Kelantan itu membuat kejutan mengugut akan melepaskan jawatan itu semalam sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau memberi kata putus itu bagi menzahirkan prinsipnya untuk tidak mahu meneruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Machang itu memberi tempoh sehingga akhir Januari ini kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong meminta perkenankan pembubaran Dewan Rakyat.

“Sekiranya tuntutan ini tidak dilakukan sehingga tarikh ditetapkan, saya akan meletakkan jawatan dalam MPOB. Saya ada maruah, saya ada prinsip,” tegasnya.-MalaysiaGazette

Ahmad Jazlan letak jawatan MPOB jika PRU-15 dilengahkan

5 Komen

  1. Akar umbi UMNO dah tak suka UMNO. Sy kroni UMNO juga meluat pada MP UMNO. Harap PRU15 UMNO tersungkur.

  2. Setuju..bila kita bersuara MP Umno xmau dgr kan..so sila terkubur semua MP2 Umno yg bongkak dan sombong

  3. Udahle banggang, bodoh pulak. Yidin dah kata PRU15 akan diadakan sebaik covid-19 ada penyelesaiannya… Vaksin ke covid-19 hilang macam Spanish flu ke. Yg umno ngan PHaruupun nak suruh rakyat mampus ramai ramai buat apa. YDPA pun nasihat utamakan war on covid-19. Kalau dah bodoh jangan la menyusahkan rakyat pulak

  4. Tahniah MPOB. Semua kakitangan patut buat kenduri kesyukuran sbb pemimpin yg otak udang dan setia pada pembelit wang yayasan dah keluar. Dah bersih dah satu kerusi dlm agensi kerajaan.

Comments are closed.