KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan tindakan beberapa pihak yang mengusulkan supaya beliau dipecat daripada parti itu.
Menteri Wilayah Persekutuan itu membangkitkan persoalan bagaimana pula dengan pihak yang mengadakan rundingan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti DAP untuk menubuhkan kerajaan?
Soal beliau lagi, adakah golongan itu boleh dianggap wira sedangkan dirinya mahu mempertahankan apa yang telah dicapai oleh BN kini.
“Sesiapa mempertahankan keputusan tersebut adalah derhaka dan perlu DI PECAT.
“Mereka yang menyokong ANWAR dan cuba BERUNDING dengan DAP senyap senyap di luar mandat parti adalah wira sejati…mereka yang menolak Pas, tolak PPBM, tolak PN Pejuang tulen,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Tegas Annuar, kritikan yang dilemparkan beliau dibuat semata-mata berlandaskan ketetapan yang diambil oleh BN sebelum ini.
Katanya kerjasama dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diputuskan sendiri oleh parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengerusi.
“Parti buat keputusan rasmi untuk berkerjasama dengan Pas. Keputusan rasmi berserta SD (Akaun Bersumpah) menyertai kerajaan PN.
“Secara rasmi putuskan NO DAP, NO ANWAR,” katanya lagi.
Annuar awal hari ini berkata beliau bersedia dipecat kerana bercakap berdasarkan kehendak parti.
Malah Ahli Parlimen Ketereh itu berkata beliau bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya kritikan berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan.
Nak pecat saya, pecatlah – Annuar
“Saya tetap pertahan keputusan MKT. No DAP, No Anwar. Saya tetap mahukan UMNO memimpin muafakat parti Melayu dan Islam serta menolak perpecahan ummah,” katanya awal hari ini.
Ketua Pemuda UMNO Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali pada Ahad mengusulkan supaya Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dipecat daripada parti itu.
Beliau berkata, UMNO perlu mengambil tindakan tegas dengan memecat keahlian Annuar selepas beliau dilihat menjadi jurucakap kepada Bersatu. – MalaysiaGazette
umno sekarang BUKAN yang ditubuhkan 1946…arwah2 DATUK NENEK MOYANG yang BENAR BERJUANG demi Agama Bangsa Negara…SELEPAS dHARAMKAN tindakan licik tun…um NO ini membarah dgn politik wang rasuah kroni salahguna kuasa memeras yg tidak sebulu dgnnya.pernah diPuncak TETAPI ALLAH telah tarik nikmat mereka kerana gelumang dengan DOSA2nya hingga kecundang PRU14.mencari TALIAN HAYAT SEMASA KELEMASAN..tetapi jadi Anjing yg tersepit MENGIGIT yg membantunya…perangai DULU KINI dan SELAMANYA terus menbarah sebagai pandemik.
Annuar bahasakan siapa tu ya? Kalau No 1 parti UMNO sendiri buat surat sokong Anwar n DAP, mahukah ahli2 parti UMNO yg konon2 pejuang bangsa akan setuju pecat pemimpin kesayangan mereka tu?
Setia membuta tuli, main wayang demi kepentingan diri. Tolak UMNO PRU15 nanti kalau pemimpin yg kuat wayang dan yg kuat melantak duit rakyat masih tak sedar diri nak jd ketua ketua.