Sebahagian PATI yang ditahan dalam Op Benteng di sekitar kawasan am Kampung Punggai.

KUALA LUMPUR – Seramai 31 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditahan ketika ketika cuba memboloskan diri dari negara ini menerusi Pesisir Pantai Sungai Rengit, Kota Tinggi, Johor awal pagi hari ini.

Mengerusi Op Benteng Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia Kem Terendak, Melaka seramai tiga daripada 31 merupakan kanak-kanak sekitar 4 tahun.

Kesemua PATI dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

“Hasil serbuan pada jam 12.25 pagi telah berjaya menahan 18 PATI. Pada jam 1.45 pagi, hasil penjejakan dan penggeledahan telah menahan 5 lagi PATI di sekitar kawasan am Kampung Punggai.

”Pada jam 8.55 pagi, hasil bantuan dari Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) dan Combat Tracking Team (CTT) telah berjaya menahan 8 lagi PATI bersembunyi di kawasan am Kampung Kuala Sungai Punggai,” kata Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia Kem Terendak menerusi kenyataan.

Turut dirampas ketika operasi adalah wang tunai matawang Ringgit Malaysia, matawang Indonesia, telefon pintar, barangan kemas serta jam tangan pelbagai jenama bernilai RM 48,297.67.- MalaysiaGazette