Azirruan Arifin (kiri) dan Syahril Nizam Abu Hasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji mengumumkan dua lantikan baharu pengurusan kanannya iaitu Ketua Pegawai Risiko & Pematuhan dan Ketua Pegawai Audit & Integriti.

Syahril Nizam Abu Hasan dilantik sebagai Ketua Pegawai Risiko dan Pematuhan berkuatkuasa 4 Januari 2021.

Manakala Azirruan Arifin pula telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Audit dan Integriti berkuatkuasa 28 Disember 2020.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusof berkata, pelantikan dua-dua pengurusan kanan yang baharu ini mengambil kira pengalaman dan kemahiran mereka selaras dengan usaha TH untuk mengukuhkan kepimpinan profesional dan menjadikan TH sebuah institusi Islam yang dihormati kerana pencapaian dan tadbir urus yang baik. – MalaysiaGazette