Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa ‘ditukar’ bukan kerana beliau menentang kerjasama dengan UMNO dengan DAP tetapi dilihat lebih menyebelahi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Penganalisis politik pro UMNO, Isham Jalil berkata, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu mungkin keliru.

“Isu ini isu lama, surat yang dikatakan oleh Annuar Musa yang menunjukkan Presiden UMNO menyokong Anwar Ibrahim itu adalah surat bertarikh Oktober tahun lepas.

“Dalam politik, tiga bulan lepas lamanya seolah sama dengan tiga dekad lalu.

“Jika Annuar tahu surat itu tulen seperti didakwa maka mengapa beliau tidak bangkitkan ketidaksetujuan beliau kepada Presiden pada ketika itu?

“Dan jika telah dibangkitkan dan Presiden UMNO mahu memecat beliau (Annuar) oleh sebab ini, maka Annuar telah pun dipecat tiga bulan lepas dan bukannya sekarang,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Lagi pun menurut Isham, Presiden UMNO sudah terang-terangan membuat kenyataan yang prti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP.

“Walaupun DAP menghulurkan cadangan untuk bekerjasama di Perak namun UMNO dan Presiden UMNO telah pertimbang dan menolak cadangan tersebut. Ini jelas dan bukanlah isu lagi,” katanya.

Hakikatnya, Annuar digantikan jawatannya bukan kerana isu Anwar atau DAP tetapi kerana kecenderungannya kepada parti Bersatu iaitu parti yang ditolak oleh akar umbi UMNO.

“Rata-rata bukan sahaja majoriti tetapi lebih dua-pertiga akar umbi UMNO yang telah bermesyuarat di peringkat bahagian mewakili cawangan-cawangan di seluruh negara telah membuat keputusan menolak kerjasama dengan Bersatu.

“Akar umbi UMNO tidak mahu ada pemimpin atau setiausaha yang ingin ‘menjual’ UMNO kepada Bersatu,” katanya.

Lagi pun, katanya, Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN tidak boleh ada seseorang setiausaha yang kecenderungan dan kenyataannya bercanggah dengan akar umbi. Sebab itu beliau (Annuar) diganti,” katanya.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Betul tu..Annuar Musa ni hari2 duk kutuk UMNO dan back up Bersatu. Padahal dia jadi menteri pun atas tiket UMNO…pooodahhh

  2. Annuar bercakap utk bela Bersatu atau bercakap utk bela kerajaan yg menyatukan 3 parti utama Melayu PN? Ikut cakap org UMNO yg menolak Bersatu sbb tak dapat jawatan, mmg perspektif dia yg negatif lah sbb nak pengaruh org lain utk tolak Annuar dan apa yg dipertahankan beliau.
    Personally, rasanya Annuar bukan pro Bersatu sbb dia tak pernah propaganda puji Abah Din atau menteri2 Bersatu. Kebanyakkan statementnya pertahan kerjasama dlm PN.
    Kecuali baru bbrapa jam lepas beliau attack Zahid tu pun kerana tak setuju agenda Zahid yg cuba create kerajaan dgn PKR-DAP dahulu.

Comments are closed.