Annuar Musa. foto SYAFIQ AMBAK, 15 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa akan mengadakan sidang media mengenai pengguguran beliau daripada jawayan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN).

Dalam tweet terbaharunya, Annuar berkata, beliau akan menjelaskan semua pertanyaan perlbagai pihak berhubung isu pemecatan beliau.

“Kepada begitu ramai teks dan call saya tak terjawab oleh saya..SAYA TERHARU DGN KOMEN DAN PERANGSANG YG DIBERIKAN.

“Harap semua sabar dan tenang. Esok saya release semua..telling the truth Insyaallah..TERUSKAN USAHA SELAMATKAN MUAFAKAT,DAN UTAMAKAN USAHA PENYATUAN DAN PERPADUAN,” ciap beliau di Twitter.

Sidang media itu akan dibuat pada jam 1 petang di pejabatnya di Kementerian Wilayah Persekutuan.

Semalam, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung BN berkuat kuasa serta-merta.

Ia dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa.

Dalam pada itu, Annuar turut memberikan respon kepada kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang kini menyandang jawatan itu.

Annuar yang mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Maslan berkata, Ahli Parlimen Pontian itu sememangnya layak untuk menjawat jawatan itu.

“Tq tok mat (Ahmad Maslan)…bijak..memang layak,” katanya di Twitter.

Ahmad Maslan menjelaskan kebiasaannya jawatan Setiausaha Agung BN akan disandang oleh Setiausaha Agung UMNO.

Dalam nada sama, Ahmad Maslan turut berkata, Annuar tidak dipecat malah beliau diganti.

Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini menegaskan, beliau sedia dipecat daripada parti itu sekiranya kritikannya berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. isu penyatuan ke isu tembolok ko yg ko pertahankan,
    ko mudah sgt terpengaruh dgn si saka tua puaka,
    skrg ko dah xlayak duduk dalam UMNO,
    BERAMBOS pegi masuk bangsat 1 atau pujawang sana,
    jgn menyemak lagi dalam UMNO,

Comments are closed.