Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi UMNO (MT) malam ini bermesyuarat bagi membincangkan kehendak majoriti akar umbi menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri  Ahmad Zahid Hamidi itu dijangka turut menyentuh ‘pertukaran’ kontroversi jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Siang tadi, UMNO telah mengadakan dua mesyuarat bagi membincangkan keputusan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dua mesyuarat berkenaan iaitu pengurusan dan biro politik dihadiri beberapa ahli-ahli MT, pengerusi perhubungan negeri dan ketua-ketua UMNO bahagian.

Mesyuarat pengurusan bermula kira-kira pukul 2 petang tadi dan disambung mesyuarat biro politik pukul 4 petang sebelum mesyuarat MT malam ini. – MalaysiaGazette