Vaksin Pfizer-BioNTech

GENEVA – Individu yang mengambil vaksin Covid-19 diharuskan mendapat dua dos vaksin Pfizer dan BioNTech dalam masa 21 hingga 28 hari, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Orang ramai mula mengalami tekanan terhadap perkhidmatan kesihatan di negara asing-masing kerana kes koronavirus yang semakin meningkat selain kemunculan varian baharu yang semakin menular.

Kerajaan telah memperkenalkan langkah-langkah baharu untuk menghentikan penyebaran sementara vaksin dilihat sebagai jalan terbaik untuk keluar dari krisis ini mendapat permintaan tinggi.

Namun, dengan kekurangan bekalan, WHO telah meneliti bagaimana vaksin Covid-19 mampu digunakan dengan cara yang paling berkesan kepada orang ramai.

Ketua Kumpulan Pakar Penasihat Strategi WHO, Alejandro Crvioto berkata, pihaknya telah melakukan rundingan dan mensyorkan pengambilan sebanyak dua dos vaksin (Pfizer) dalam masa 21 hingga 28 hari.

“Setiap negara juga harus memiliki kelonggaran untuk memberikan dos dalam masa enam minggu supaya lebih banyak orang yang berisiko tinggi mendapat penyakit dapat mengambil vaksin Covid-19 ini,” katanya pada taklimat berita dalam talian. – MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast