Akaun Twitter Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. foto agensi

WASHINGTON – Laman sosial Twitter dan Facebook telah memberi amaran akan melarang secara kekal Presiden Donald Trump daripada menggunakan platform itu kerana melanggar peraturan integriti dan menghasut keganasan.

Platform media sosial itu mengarahkan Trump supaya memadam tiga hantarannya (posting) yang melanggar peraturan.

Langkah itu  berikutan rusuhan keganasan oleh para penyokong Trump di bangunan Capitol, semalam.

Twitter telah menyekat semua butang suka, retweet dan balasan (replies) pada video yang di tweet oleh Trump, yang mana beliau telah menyampaikan ucapan kepada para penyokongnya.

“Jika Tweet tidak dikeluarkan, akaunnya akan terus disekat,” kata Twitter dalam kenyataannya semalam.

Manakala, Naib Presiden Integriti Facebook, Guy Rosen berkata, video rusuhan yang telah dimuat naik akan dihapuskan kerana beliau percaya video tersebut akan menyumbang kepada keganasan yang berterusan. – alaysiaGazette