KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkongsi cerita apabila beliau didatangi seorang wanita yang menyampaikan penghargaan kepadanya.

Beliau berkata, wanita itu sangat menghargai perjuangannya berhubung isu pengeluaran wang dari akaun 1, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Sinar sebagaimana yang berjaya dikeluarkannya.

“Ada seorang saudari datang ke meja saya tadi. Sampaikan penghargaan atas perjuangan kita untuk rakyat mengeluarkan KWSP.

“Beliau sendiri telah berjaya mendapat pengeluaran. Keluarganya hidup susah. Gaji harian, ada anak-anak kecil yang perlu dijaga. Saya buat apa yang saya boleh,” kata Ahli Parlimen Pekan menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Najib berkata, beliau hanya melakukan mana yang termampu dan berharap dengan perjuangannya itu, ia dapat menampung beban yang dialami oleh mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menerusi hantaran tersebut, Najib turut memuat naik rakaman menunjukkan wanita itu menemuinya ketika beliau sedang minum yang dipercayai di kafeteria Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Rakaman berkenaan mendapat 18,000 likes dengan lebih 1,700 komen daripada warganet. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.