Bursa Malaysia
Logo Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Dua kakitangan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) disahkan positif Covid-19.

Kakitangan yang terlibat kini dikuarantin di rumah.

Bursa telah melakukan pengesanan kontak dan mengenal pasti pergerakan kakitangan yang dijangkiti.

Menurutnya, kakitangan Bursa Malaysia yang telah berhubung rapat dengan kakitangan berkenaan akan dihantar untuk melakukan ujian saringan dan bekerja dari rumah sehingga keputusan ujian mereka negatif.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kakitangan yang tidak berhubung secara langsung juga akan bekerja dari rumah.

Bursa Malaysia akan memberikan sokongan yang diperlukan sekiranya mereka memilih untuk menjalani ujian saringan secara sukarela.

Untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan pekerja, kerja pembersihan dan sanitasi sedang dilakukan.

Tambahnya, bursa beroperasi seperti biasa dan tidak ada gangguan kepada fungsi kritikal dan sokongan dan rancangan Pengurusan Kesinambungan Perniagaan memastikan kelancaran operasi bursa sekiranya berlaku insiden tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast