Bangunan Kementerian Pengangkutan Malayisa (MOT) di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan feri Pulau Pinang tidak dibatalkan, sebaliknya ia ditambahbaik mengikut arus pemodenan, memberikan lebih keselesaan, mempercepatkan perjalanan, mengutamakan aspek keselamatan penumpang, keupayaan dalam penyelenggaraan dan lebih berdaya maju untuk jangka masa panjang.

Tindakan ini juga bertujuan menambahbaik kelemahan feri lama yang sering rosak dengan purata sebulan sekali.

Oleh kerana RM30 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membeli bas air yang baharu dan pengangkut kenderaan untuk perkhidmatan tersebut, Prasarana Malaysia Bhd telah menyewa dua buah feri laju untuk digunakan sementara waktu sehingga feri baharu mula beroperasi dalam tempoh jangka masa 18 bulan.

Kementerian Pengangkutan (MOT) yang menjelaskan perkara ini berkata, fasa pemodenan bermula dengan tiga buah bas air (khusus membawa penumpang) mulai 1 Januari 2021, manakala dua kenderaan pengangkut yang membawa kenderaan dua roda seperti motosikal dan basikal pula akan beroperasi pada tahun 2022.

Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mempercepatkan proses mendapatkan bas air yang baharu ini daripada
pembekal sebelum ianya dapat memulakan operasi sepenuhnya.

Bagi memelihara warisan dan budaya Pulau Pinang yang ikonik ini, beberapa cadangan pelbagai pihak termasuk cadangan Lim Hui Ying menjadikan feri lama sebagai restoran terapung, muzium ataupun dijadikan sebagai pelayaran pelancongan.

Penjelasan ini dibuat MOT ini bagi menyanggah kenyataan Lim Guan Eng semalam berhubung beberapa perkara berkaitan projek berskala besar di Pulau Pinang yang berada di bawah bidang kuasa kementerian ini.

Berhubung tambahbaik dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), kementerian ini berkata, keputusan terhadap projek ini akan diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira permintaan penumpang di seluruh dunia dan keadaan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Memandangkan kurang permintaan penumpang, maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang disarankan supaya menumpukan kepada beberapa perkara utama terlebih dahulu seperti melakukan proses pengambilalihan tanah bagi projek pembesaran PIA ini.

Kementerian menambah, ia juga tidak membatalkan projek transit aliran ringan dari Bayan Lepas ke Komtar (BLLRT) seperti yang didakwa.

Sebaliknya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih belum menyerahkan kelulusan akhir Penilaian Impak Sosial (SIA) dan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk diluluskan oleh menteri bagi kelulusan di bawah sub-seksyen 84 (6) Akta 715 (Akta Pengangkutan Awam Darat 2010).

MOT sebelum ini telah memberikan persetujuan bersyarat untuk skim keretapi BLLRT tertakluk kepada persetujuan akhir SIA dan EIA.

Tetapi pada 10 November lalu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diberitahu bahawa skim kereta api terakhir masih belum dapat dipersetujui tanpa persetujuan SIA dan EIA yang diperlukan untuk keseluruhan jajaran yang dicadangkan.

Menurut undang-undang, MOT tidak dapat memberikan persetujuan separa bagi bahagian tertentu yang terpisah dari penjajaran yang dicadangkan.

Kedua-dua persetujuan EIA dan SIA adalah perlu kerana penjajaran BLLRT yang dicadangkan akan memerlukan penambakan tanah dan akan mempengaruhi pembesaran PIA pada masa akan datang.

Kementerian berharap pemimpin politik dapat menahan diri daripada menyebarkan cerita fiksyen hanya demi kepentingan politik mereka dan perlulah sentiasa memberikan fakta sebenar kepada rakyat.

Tambahnya, MOT akan terus menerima baik segala pendapat dan saranan daripada semua kerajaan negeri berhubung pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur pengangkutan awam demi kesinambungan, keselesaan serta keselamatan semua penumpang. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Malaysia dahulu pencapaiannya sangat gemilang, setelah 22 bulan diperintah oleh Pakatan Hancing yang dikatakan sangat bijak itu, negara terus suram!

    Alahai Pakatan Hancing benar2 hancing, orang2 BerSHIT yang mengendalikan PRU Sabah dikatakan sama sekali GAGAL, malah telah menjadi agen penyebaran COVID-19 yang sudah lagi tidak terkawal sekarang.

    Biarlah FAKTA berkata2, ia benar2 mendatangkan KECELAKAAN! Benar2 HANCING!

Comments are closed.