Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau tidak mahu “bergaduh” dengan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kenyataan tersebut menyusul selepas Khairy mengulas tentang pemikiran Setiausaha Agung UMNO itu yang dirumuskan sebagai ‘goreng pisang’ apabila beliau membangkitkan perihal hubungan UMNO dan Bersatu.

Memilih untuk tidak “bergaduh”, Ahmad Maslan sebaliknya meminta semua pihak supaya menumpukan usaha supaya vaksin Covid-19 dapat disegerakan.

“Saya tiak mahu “bergaduh” dgn YB @Khairykj ttg isu pemikiran #PisangGoreng ke atau #GorengPisang

“Ayuh kita tumpu utk segerakan #vaksin #Covid19. Kes ratusan ribu, mati ratusan #rakyat Moga YB KJ, YB DS @DrAdhamBaba, DS @tzafrul_aziz & YAB @MuhyiddinYassin akan segerakan vaksin,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.

Terdahulu Khairy dalam sidang media di Putrajaya berkata, kenyataan Ahmad Maslan bahawa UMNO mahu memutuskan hubungan dengan Bersatu disebabkan kes mahkamah membabitkan bahagian UMNO sebagai goreng pisang.

Malah Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, alasan yang diberikan oleh Ahmad Maslan sebagai tidak berkualiti. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Patut korang fikir mcm mana nk bantu rakyat ni terkesan covid n banjir…bukan berpolitik x abis2…dulu ckp ph..tp skrg UMNO lg teruk pulak..mintak sgt PRU mcm la UMNO bole menang sgt2

  2. Rakyat bukan ingin lihat ahli-ahli politik sibuk merebut kuasa, tetapi ingin lihat mereka bersungguh-sungguh menabur bakti dan jasa untuk rakyat jelata. Rakyat bukan ingin lihat ahli-ahli politik menyerang sana-sini mencari salah siapa, tetapi ingin lihat mereka memberikan solusi terhadap pelbagai masalah negara.

    Rakyat juga bukan ingin lihat ahli-ahli politik mengabaikan kebajikan penduduknya tetapi ingin lihat mereka cakna dan sedia membantu di kala penduduk derita. Wahai ahli politik, rakyat sedang tersepit dengan pelbagai isu kesihatan dan ekonomi yang menghimpit. Jangan berpolitik sempit, kelak masa depan rakyat dan negara yang terpalit.

  3. Rakyat yg susah mcm kita ja yg fikir camni. Ramai ja ahli UMNO yg nak PRU segera sbb terlalu taksub pada pemimpin. Apa pemimpin diorg cakap, percaya bulat2.

  4. Suatu usaha yang baik, sama2 perkukuhkan parti dan Muafakat Nasional dan fokus dalam menghadapai PRU15.

    Harap kedua2 pihak Ahmad Maslan dan KJ lebih berhati2 dalam membuat statements, jangan gunakan media yang dilihat lebih cenderung menjadi BATU API!

    Lihat sahaja kejadian rusuhan di Capitol Hill, mereka memijak2 dan menginjak2 kamera2 para wartawan yang sentiasa membuat liputan BATU API yang berat sebelah!

  5. Hidup atas muka bumi ini ada dua pilihan aje. Susah senang, hidup mati, baik buruk, lurus bengkuk, dosa pahala, syurga neraka tetapi kenapa dan mengapa manusia ini pilih yang tak baik sesaje. Inilah yang sentiasa mengikut hawa nafsu mazmumah daripada mahmudah. Ya Allah…..! Naauzubillah simpangkanlah.

Comments are closed.