KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan dikehendaki polis untuk tampil sebagai saksi kes dadah di Mahkamah Sesyen Kajang.

Wanita itu bernama Karthirnee Nadarajah Karthi itu, berusia 28 tahun dan beralamat terkahir di Lot 5430, Jalan Bernam, parit 4, Sungai Burung, Sekinchan, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan hari ini memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dan memberi maklumat mengenai wanita itu.

“Wanita itu dikehendaki sebagai saksi dalam perbicaraan kes dadah di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi tersebut bolehlah menghubungi  Inspektor Muhammad Amyriul Naufa Mohd Yusoff ditalian 0111-0176104 atau mana-mana balai polis berdekatan.-MalaysiaGazette