Donald Trump. foto Agensi

WANGSHITON- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata akan menyerahkan kuasa secara tertib kepada bakal presiden Joe Biden pada 20 Januari nanti.

Bagaimanapun beliau tetap tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya dan mengakhiri penggal presiden yang ‘paling hebat’, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Walaupun saya tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya, dan faktanya sukar untuk diterima, namun penyerahan kuasa yang tertib tetap berlangsung pada 20 Januari. Saya selalu mengatakan kami akan meneruskan perjuangan untuk memastikan hanya undi sah yang dikira.

“Meskipun ini penghujung penggal pertama terhebat dalam sejarah presiden, ia hanya permulaan perjuangan kita untuk Menjadikan Amerika Kembali Hebat !,” kata Trump seperti dipetik pembantunya Dan Scavino di Twitter.

Terdahulu, Kongres mengundi bagi memperaku kemenangan Biden pada pilihan raya presiden, beberapa jam selepas sesi bersama kedua-dua dewan tertangguh apabila penyokong Trump menyerbu bangunan Capitol AS.- BERNAMA