Gambar hiasan

TAIPEI – Bangunan-bangunan bergegar di bandar ini susulan gempa bumi kuat dengan 5.7 magnitud melanda pantai timur laut Taiwan.

Setakat ini tiada kerosakan dilaporkan.

Pusat gempa berada di luar pantai daerah Yilan, pada kedalaman 72.2 km (44.9 batu), menurut Biro Cuaca Pusat.

Sistem kereta bawah tanah Taipei beroperasi seperti biasa,

Taiwan terletak berhampiran persimpangan dua plat tektonik di Laut China Selatan dan terdedah kepada gempa bumi.

Lebih daripada 100 orang terbunuh dalam gempa di selatan Taiwan pada tahun 2016, sementara gempa berkekuatan 7.3 mengorbankan lebih dari 2,000 orang pada tahun 1999. – MalaysiaGazette