Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Semua kawasan yang mengalami gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat sudah menerima bekalan sepenuhnya jam 6 petang tadi.
Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan.
Sebanyak 121 kawasan mengalami gangguan selepas kejadian paip pecah di Jalan Sering, Taman Sering, Cheras.
Paip pecah itu berpunca daripada kerja-kerja pemasangan paip pembentungan oleh pihak ketiga. – MalaysiaGazette