Kepimpinan Parti Gerakan Pulau Pinang bergambar dengan kereta yang pernah digunakan oleh Tun Dr Lim Chong Eu .

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Pulau Pinang mempersoalkan tindakan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow membeli kereta mewah ketika belajawan negeri itu defisit dan  masih ramai lagi rakyat miskin memerlukan bantuan kerajaan.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, jika tiada duit mengapa kerajaan negeri yang dipimpin DAP menggunakan duit rakyat sebanyak RM460,000 untuk membeli kenderaan rasmi baharu.

”KM, anda sudah tahu bahawa belanjawan negeri kita telah mengalami defisit, mengapa anda masih ingin menggunakan duit rakyat yang sebanyak RM460,000 untuk membeli kenderaan rasmi baru itu pada 31 Disember 2020?

”KM, adakah anda terfikir tentang rakyat Negeri Pulau Pinang yang hidup susah, hidup dalam kelaparan, anak yang tiada susu untuk minum dan seisi keluarga yang tiada tempat tinggal, hanya berteduh dalam kereka yang sedang menunggu anda memberi bantuan ketika anda membeli kenderaan rasmi baru yang berharga RM460,000?

”KM, adakah anda terfikir bahawa masih terdapat lebih daripada 5700 isi keluarga di negeri Pulau Pinang yang hidup di bawah garis kemiskinan semasa anda membeli kenderaan rasmi baru yang berharga RM460,000?,” soal Tong Keong.

Menurutnya, Gerakan tidak membantah Ketua Menteri membeli kenderaan rasmi baharu, tetapi bukan pada harga yang terlampau mahal ketika keadaan ekonomi meleset dan keadaan kewangan negeri yang membimbangkan pada masa ini.

Harga kereta rasmi yang digunakan oleh Ketua Menteri sebelum ini ialah iaitu Mercedes S300L yang dibeli dengan harga RM298,263 tetapi diganti dengan model Mercedes S560e yang berharga RM458,122.

Tambahnya, dengan nilai harga kereta mewah itu, kerajaan Pulau Pinang boleh membahagikan kepada 661 penerima bantuan Agenda Saksama Ekonomi(AES) yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan masing-masing boleh menerima RM695 seorang.

Sekiranya RM460,000 dibahagi sama rata kepada 460 penganggur yang sukar menampung perbelanjaan kehidupan mereka, setiap daripada mereka akan menerima RM1,000.

Katanya, Kon Yeow harus menjadi teladan kepada pegawai-pewagainya dan rakyat Pulau Pinang dengan tidak membeli kereta mewah yang berharga hampir setengah juta ringgit dalam tempoh yang mencabar ini, sebaliknya, berusaha meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan negeri.

”Pada masa ini, beliau tidak patut membebankan rakyat dan membenarkan diri sendiri hidup dengan selesa dan mewah,” tegasnya.

Secara sinis, beliau berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang membeli kenderaan rasmi baharu kerana kenderaan lama telah berusia 7 tahun sedangkan. Singapura, sebuah negara maju mengehadkan usia kenderaan yang mencapai 10 tahun perlu dilupuskan.

Tong Keong berkata, ketika Parti Gerakan Rakyat Malaysia memimpin Pulau Pinang selama 26 tahun, hanya dua buah kenderaan rasmi dibeli oleh kedua-dua pemimpin Gerakan.

Menurutnya, mendiang Tun Dr Lim Chong Eu menggunakan kenderaan rasmi sejak tahun 1982 sehingga tahun 1995 yang terus digunakan oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Pada tahun 1995 kenderaan rasmi yang lama itu digantikan dengan yang baharu dan digunakan sehingga tahun 2014. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Disaat zaman ekonomi meleset, COVID-19, banjir, kesempitan hidup, kehidupan yang sukar, adakah pembelian kereta mewah untuk gaya hidup mewah oleh pemimpin DAP ini wajar?

    Minta Melayu2 liberal dalam Pakatan Hancing dapat beri ulasan sket?

  2. SEGALA yang dilakukan DAPIGS semuanya SUCI dan disokong kepala angguk para penyokong TEGAR panKHIANAT…bermula isytihar kjaan Muflis hanya tinggal rm 450JUTA…sandiwara menjaja TABUNG Haram pan. .minyak yg djanji turun oleh PAKAR formula RAFIZI hanya sekali turun…pendidikan percuma TOL OL hapus ptptrn hapus…ANAK MUDA dpt KERJA…penjawat AWAM dikurangkan dan PENCEN akan dihapuskan ISLAM diperlekehkan…yg melanggar SOP PKP spt Rara Plabakaran Teresa Mangkok BEBAS terus tapi pihak lain yang buat berbulan2 Menyalak dan diTelanjagi.

Comments are closed.