Isham Jalil
KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor menegur seorang menteri yang didakwanya seperti seorang pembuli kerana suka melabel orang dengan nama buah-buahan dan sebagainya.
Isham Jalil dalam nasihatkanya berkata, menteri itu tidak perlu mengeruhkan keadaan sesama sendiri dalam parti terutama jika kenyataan sesorang itu disalaherti.
”Jika tidak bersetuju dengan kenyataan sesiapa, berhujahlah dengan bijak dan bukan memanggil orang lain nama dan label yang menjatuhkan air mukanya.
”Berpolitiklah dengan matang,” katanya tanpa merujuk ke mana-mana individu.
Namun, nasihat itu dipercayai ditujukan kepada Khairy Jamaluddin yang membuat komen kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu temubual.
Dalam kenyataannya, Khairy berkata, alasan UMNO mahu menamatkan kerjsama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia disebabkan Kerajaan Perikatan Nasional enggan menggugurkan kes membabitkan pemimpin-pemimpin parti itu lahir dari pemikiran tahap goreng pisang.
”Kalau sebab kita tidak memberi sokongan adalah kerana kerajaan ini tidak mahu campur tangan dalam kes mahkamah, itu pemikiran level goreng pisang lah.
“Kualiti IQ dia dulu lobak, ini goreng pisang, ia bukan alasan berkualiti,” katanya dalam sidang media di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi semalam.
Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Razak yang mengulas kenyataan Ahmad itu sebelum ini meminta semua pihak menonton dan mendengar betul-betul rakaman video yang dicakapkan Setiausaha Agung UMNO itu.
Bekas perdana menteri itu berkata, Ahmad tidak merujuk tentang kes-kes melibatkannya tetapi ketidakadilan perundangan dan salahguna kuasa kerajaan semasa Pakatan Harapan (PH) bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan tidak diperbetulkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Sepatutnya wartawan mahupun menteri menganalisa dahulu apa yang mahu dikatakan Ahmad Maslan, bukan memutarbelitkan fakta!

    Di Capitol Hill, USA para pedemonstrasi memijak2 dan menginjak2 kamera2 WARTAWAN2 yang selalu memutarbelitkan fakta dan sering menjadi BATU API. Agaknya memang itulah etika wartawan pembangkang!

    Apa2 pun tahniah Isham diatas penjelasan!

  2. Mereka mengatakan institutional reform? Selepas membebaskan “godfather” mereka dari kes rasuah adakah retorik2 institutional reform yang MENIPU rakyat telah selesai?

    Bagaimana pula dengan kes M Adeeb yang DIBUNUH yang keputusan Mahkamah Koronernya telah DITIDAKKAN?

    Dah macam cerita kartun? Rakyat cuma mahukan penjelasan!

  3. Yang korang level orang lain Nobita Doraemon kangkung semua tu bukan cara pembuli ke? Kena batang hidung sendiri baru terhegeh-hegeh buka fatwa sana buka fatwa sini.

  4. MENUNGGU KEHADIRAN PEMIMPIN2 MUDA YG IKHLAS BEKERJA DAN RAJIN.TIDAK MAHU PEMIMPIN KORUP YG HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI & KRONI.

Comments are closed.