MGNews : KPKT Kena Ambil Serius! Kami Tidur Tak Lena Risau Rumah Runtuh – Penduduk

PUCHONG – Sudah lebih tiga bulan penghuni Blok G, Pangsapuri Vista Lavender di sini hidup diselubungi kebimbangan ekoran keretakan pada struktur bangunan dan parkir yang semakin teruk.

Keretakan di beberapa bahagian antaranya tiang bangunan, dinding rumah serta lantai parkir begitu jelas kelihatan selain terdapat pergerakan pada konkrit ‘slab’.

Jika dilihat dengan mata kasar, keretakan tersebut ibarat menunggu petaka yang bila-bila sahaja boleh berlaku.