Perlukah kita bergantung kepada vaksin sepenuhnya atau bergantung kepada antibodi semulajadi bagi membina ketahanan untuk melawan Covid-19 ini?- Gambar hiasan.

CADANGAN untuk pencegahan, rawatan dan metodologi bagi merawat pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 di Malaysia.

Saya, Rayyan Radzwill Abdullah, seorang warga Malaysia berpengetahuan dalam bidang kimia dan pernah bekerjasama dalam bidang sains ubatan bersama syarikat Pharma ternama di India ketika bertugas sebagai Pengurus Wilayah Asia bagi syarikat MNC Germany terkemuka.

Saya juga memiliki pengalaman luas dalam bidang Kejuruteraan Genetik ketika bekerja dengan syarikat di Cardiff, United Kingdom selama hampir setahun lebih.

Saya tergerak menulis artikel ini setelah terbaca kenyataan media Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkenaan betapa meruncingnya penularan virus Covid-19 sehingga menasihatkan satu lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tegas.

Saya secara ikhlas tergerak untuk berkongsi sedikit pandangan dan cara menangani masalah yang dihadapi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sekarang.

Izinkan saya kongsikan serba sedikit ilmu yang dikandung saya, mungkin berguna kepada negara dan rakyat Malaysia amnya dalam situasi bahaya ini.

Virus ini berasal dari keluarga influenza dan dianggap amat mudah berjangkit kerana sifatnya memiliki keupayaan airborne melalui mass ringan namun menjadikannya istimewa adalah struktur kapsid iaitu kulit luar yang amat kukuh tetapi tidak sekukuh norovirus atau retrovirus yang memerlukan bleaching untuk memecahkan kapsidnya dan membunuh genome atau protein genetic single strand RNA.

Ini yang menyebabkan virus ini mampu lanjutkan keupayaan jangkitannya melebihi jangkamasa atau jangkahayat virus influenza biasa dalam kumpulannya.

Ketahanan jangka hayatnya seolah menyamai kekuatan norovirus seperti Chickenpox dan Hepitatis namun dengan kelemahan kapsid yang mampu dicerobohi dengan hanya substance organic seperti alkohol tanpa memerlukan kegunaan bleaching agent.

Di sini, kita harus perhatikan kesan kapsidnya yang lemah namun kukuh dan ringan berbanding virus influenza biasa. Bagi saya, Covid-19 yang memiliki kelebihan daripada segi ketahanan kapsid yang kukuh berbanding virus influenza sekeluarga yang menyebabkan punca penularannya sukar dibendung jika kita tidak mengandakan pembasmian kuman di tempat awam.

Kedua, adalah keupayaan jangkitan airborne yang fantastik, di mana ia mampu tersebar melalui titisan halus wap berbanding influenza biasa yang merebak melalui titisan bersin.

Di sinilah kita tersilap di peringkat awalan apabila gagal mewajibkan pemakaian mask di tempat awam pada permulaan penularan virus ini.

Namun, bonus di sini adalah tindakan virus ini bukan sesuatu yang membinasakan secara mutlak kerana virus ini tidak bertindak merosakkan atau mengubah struktur genetik sel-sel yang diserangnya secara kekal, kecuali menggagalkan atau mengurangkan kapasiti pengangkutan oksigen akibat kesan sampingan tindakbalas imun kita tanpa menukar sifat sel-sel itu sendiri seperti retrovirus HIV, di mana virus ini memasuki nukleus sel dan kekal mengubah sifat genetik dan menjejaskan terus keupayaan imun kita selamanya.

Manakala, virus kelas Influenza hanya mereplikasikan dirinya dengan bantuan sel dan seterusnya membanjiri sistem kita sehingga imun kita mampu bina atau develop antibodi yang secukup untuk neutralkan antigen yang muncul secara mendadak akibat rangsangan Covid-19.

Seterusnya, virus ini sendiri akan dihapuskan oleh tindakan sel darah putih kita. Ini sifat semulajadi tindakan influenza berbanding virus norovirus atau retrovirus seperti HIV yang mampu mempengaruhi sel-sel yang dijangkitinya sehingga menghilangkan keupayaan memangkinkan pengeluaran antibodi untuk meneutralkan antigen yang dirembeskan oleh virus yang sudah mempengaruhi sel-sel kita secara kekal.

Namun, memandangkan beza utama tindakan Covid-19 dan virus influenza biasa terletak pada keupayaan mereplikasi dengan lebih cepat dan banyak berbanding influeza virus biasa, maka di sini kita akan mengkaji sebab utama peratus kematian tinggi global melalui Covid-19 (6 peratus) berbanding Influenza biasa (1 peratus).

Namun, data ini tidak boleh diyakini 100 peratus kerana kekurangan pengesanan Covid-19 secara menyeluruh untuk setiap rakyat di negara ini, maka peratusan 6 peratus pasti lebih rendah pada pengiraan menyeluruh, dan saya harap Tan Sri Dr. setuju dengan pendapat logik saya ini.

Bahaya sebenar bermula melalui perembesan antigen virus tanpa kawalan yang menyebabkan imun menghasilkan cytokines iaitu bahan penanda yang dikeluarkan akibat perembesan histamine berlebihan oleh sistem imun kita.

Di sini, harus kita kaji adalah tindakan mereplikasi symptom allergic kelas 2 yang disebabkan oleh virus iaitu reaksi cytotoxic dan allergic kelas 4 tanpa melibatkan antibodi iaitu tindakbalas pengantara sel yang menghasilkan cytokines melampau.

Pasti Tan Sri Dr. lebih mengetahui kehadiran puss pekat diaveoli paru-paru yang menyebabkan radang paru-paru serius dan mengurangkan keupayaan mengangkut oksigen disebabkan oleh cytokines storm kepada pesakit Covid-19.

Cytokines storm adalah fenomena serangan paru-paru disebabkan rembesan cytokines melampau yang dirangsangkan atau disebabkan oleh histamine berlebihan.

Pasti Tan Sri Dr. juga mengetahui histamine berlebihan yang menyebabkan pengecilan salur darah akibat reaksi alahan serius pembengkakan (inflammation) sehingga menyumbatkan arteri di jantung akibat pembekuan darah serta mampu hasilkan tekanan darah rendah.

Tindakan ini juga menyamai tindakan allergic kelas pertama iaitu reaksi anaphylaxis. Simptom ini kemudian akan progres kepada symptom allergic kelas 3 iaitu tindak balas kompleks imun yang memusnahkan lapisan tisu seperti berlaku pada tisu-tisu alveloli (alveolar) di paru-paru dan memusnahkan bersama kapilari yang menyerap oksigen sehingga mengakibatkan keracunan karbon yang mematikan organ satu demi satu.

Maka, tanpa mengambilkira kemusnahan tisu alveolar disebabkan reaksi kompleks imun ini, bukankah kita wajar ketahui penggunaan alat bantuan pernafasan semata-mata mungkin menyukarkan lagi pesakit malah pernah diuar-uarkan sebagai salah satu punca kematian mendadak di New York?

Dengan segala penjelasan setakat ini, Tan Sri Dr. patut lebih arif untuk memahami keadaan di luar kawalan yang menyebabkan punca kematian meningkat tertumpu kepada penghasilan Histamine terlalu banyak dan berterusan dalam menghadapi serangan Covid 19 ini.

Faktor utama inilah saya ingin tekankan bagi mewujudkan satu metodologi bagi mengurangkan kematian di peringkat awal. Di sini metodologi rawatan kita harus dikemaskini lagi bagi mengelakkan peningkatan tahap serangan Covid-19 ke peringkat paling bahaya sehingga meragut nyawa rakyat.

Saya merasakan dan yakin kematian boleh dikurangkan jika kita mengambilkira aspek utama ini sebagai metodologi pencegahan untuk rawatan awalan terhadap pesakit sekarang.

Saya juga yakin kegagalan kita mengkaji simptom dan prognosis awalan terutama dalam membaca tahap rembesan histamine (melalui histamine test) di dalam darah pesakit menyebabkan kita sedang kehilangan nyawa dengan banyak sekarang.

Jika Tan Sri kaji kegagalan imun kita mengeluarkan antibodi dengan pantas, banyak dan mencukupi untuk meneutralkan antigen virus spesifik ketika kita amat memerlukannya bagi setengah mereka yang lemah.

Inilah menjadi punca kematian dan di sini kegagalan meneutralkan antigen virus ini menyebabkan tubuh pesakit diracuni dengan histamine yang terlampau banyak sehingga menyebabkan simptom alahan serius secara tiba-tiba dan mendadak, mengakibatkan kehilangan nyawa.

Saya ingin soalkan Tan Sri Dr. adakah kita mengamalkan histamine test sebagai satu SOP terhadap rawatan pesakit Covid-19 ini? Jika tidak, harap Tan Sri Dr. mulakannya segera.

Saya juga ingin menyoalkan, bukankah wajar Tan Sri Dr. memulakan rawatan cegahan melalui anti-histamine seperti 10mg Loratadine oral sekali sehari bersama Cortisone seperti Predisone 10mg tiga kali sehari untuk pesakit yang baru dikesan Covid-19?

Bukankah Tan Sri Dr. ketahui kesan sampingan Loratadine amat minima, malah boleh diambil oleh wanita mengandung? Dan boleh dibeli di farmasi dengan mudah serta amat murah?

Bukankah hospital sepatutnya berikan ubat ini sejurus selepas dikesan Covid-19? Bukankah Tan Sri Dr. sepatutnya mengetahui kesan sampingan Predisone hanya bermula selepas dua minggu pengambilan berterusannya?

Adakah amat sukar bagi kita bekalkan anti histamine oral yang murah bersama Cortisone kepada pesakit baru dikesan Covid-19 ini? Bukankah kita harus secara aktif mendorong anti-histamine mengikut peningkatan tahap Histamine bagi yang melangkaui tahap normal ke serius?

Bukankah kita harus mengkaji pengenalan “Epinephrine shot” atau adrenaline shot sebagai rawatan kecemasan menangani Histamine yang tinggi dikala kecemasan? Adakah kita melakukan semua ini Tan Sri Dr.?

Tan Sri Dr. sendiri rasanya lebih arif bahawa imun kita boleh serang virus Covid dan menghapuskannya tanpa masalah dalam masa secukupnya. Isu sekarang, bukan hanya reaksi imun melampau yang sebabkan kematian sebelum antibodi kita cukup matang untuk hapuskan kesan serangan Covid-19 ini?

Maaf jika saya silap di sini Tan Sri Dr., namun saya amat yakin inilah sebab utama kematian sepatutnya mampu kita elakkan jika kita bertindak dari awal dengan prognosis pantas dan mengubah metodologi perubatan, rawatan dan pengesanan awalan simptom.

Perlukah kita bergantung kepada vaksin sepenuhnya atau bergantung kepada antibodi semulajadi bagi membina ketahanan untuk melawan Covid-19 ini?

Seperti saya jelaskan, sebenarnya badan kita mampu kenalpasti virus Covid-19 dan Tan Sri Dr. juga mengetahui imun kita memang sedang keluarkan antibodi sesuai tetapi hanya tidak mampu menangani peningkatan antigen virus melampau dan mendadak akibat replikasi rapid dan berterusan oleh Covid-19 ini.

Lebih logik menganggap begini kerana jika benar imun kita tidak mampu hasilkan antibodi pada masanya, tidak mungkin juga ramai yang sembuh bukan? Perlukah kita mengharap dan menunggu sepenuhnya terhadap vaksin sahaja sebagai langkah pencegahan mutlak dari membiarkan imun kita belajar kenalpasti dan biasakan menghadapi ketegangan Covid-19 ini secara semulajadi?

Saya yakin banyak ketegangan baru akan direplikasikan oleh Covid-19 ini dan tidak mungkin vaksin boleh dibentuk untuk setiap ketegangan baharu ini, kecuali imun kita secara semulajadi biasakan diri menghadapi ketegangan keluarga Covid-19.

Ia sama sepertimana imun kita biasakan diri dengan ketegangan influenza H1N1 dan MERS sekarang.

Isu sekarang kenapa ada yang meninggal? Okey, mari saya terangkan mengenai perkara ini. Adakah Tan Sri Dr. sedar lebih kurang 4,512 rakyat Malaysia meninggal akibat pneumonia setiap tahun dan secara spesifik pada tahun 2019?

Sebagai doktor perubatan, pasti Tan Sri Dr. mengetahui pneumonia adalah satu prognosis utama kematian disebabkan serangan virus influenza yang menyerang paru-paru.

Pasti sering kali doktor kebiasaan akan mengatakan, orang ini meninggal kerana jangkitan kuman dalam paru-paru yang sebabkan pneumonia dan sesak nafas malah secara logik, alasan ini amat normal bagi merekodkan kematian orang yang biasanya terkesan dengan pneumonia.

Soalannya, adakah kita pernah amalkan mapping atau kenalpasti kuman apa atau dengan kata lain ketegangan virus influenza apa yang membunuh? Adakah pernah didedahkan umum mengenai ketegangan virus influenza sebegini atau dipanggil kuman apa yang membunuh?

Tidak, hanya jangkitan kuman di paru-paru dan pneumonia sahaja seperti kebiasaan akan muncul di dalam lampiran bedah siasat. Maka, adakah Tan Sri Dr. menganggap Covid-19 sahaja membunuh dengan ganas?

Bukankah selama ini, bertahun-tahun lamanya sudah beribu manusia terkorban setiap tahun akibat virus influenza yang tidak dikenali ini? Maka, perlukah kita cemas dengan Covid-19 akibat mengikut rentak nasihat WHO semata-mata tanpa wujudkan metodologi merawat cara kita sendiri?

Sebagai mengakihiri warkah saya yang dikarang dengan ikhlas dan dengan niat bona fide semata-mata bagi membantu negara ini, ingin saya meminta maaf sekiranya ada tersilap kata atau mengusik mana-mana pihak.

Niat saya bukan mengecilkan peranan Tan Sri Dr. atau tenaga kerja KKM namun hanya sebagai satu cadangan yang mungkin boleh membantu.

Saya sedar, Tan Sri Dr. mungkin sudah mengetahui dan pastinya lebih arif mengenai apa yang saya sampaikan namun mungkin kadangkala kita terikut sangat dengan rentak dan cara rawatan yang disyorkan pihak lain bulat-bulat tanpa mengikut cara rawatan kita sendiri.

Juga, ingin saya tegaskan kepada orang ramai bahawa apa sahaja cadangan yang saya utarakan di sini harap dirujuk terdahulu dengan pakar perubatan kerana pastinya setiap ubatan yang anda ambil harus mendapat sokongan atau rundingan mereka yang arif dalam perubatan.

Maka, jika berlaku kerugian, harap saya tidak dipertanggungjawabkan sekiranya anda menerima bulat-bulat apa-apa cadangan dalam surat ini tanpa pengetahuan atau rujukan doktor perubatan. – MalaysiaGazette

Rayyan Radzwill Abdullah

Rayyan Radzwill Abdullah adalah Pakar Kejuruteraan Genetik

4 Komen

  1. tahniah dan terima kasih atas penerangan tersebut tetapi adakah pihak berkenan mahu dengar atau mengkaji kenyataan anda.Kalau melibatkan kos atau menggugatkan setengah2 syarikat mungkin ia tidak berhasil…
    Bila anda sebut laporan perubatan ” orang ini meninggal kerana jangkitan kuman ” selalu didengari..

    Benda boleh ubah macam filem The Net

  2. Boleh di ambil perhatian sewajarnya oleh pihak yg berkenaan akan apa yg cuba disarankan. Beliau cuma sekadar memberi pandangan dr sudut pengetahuan yg beliau ada dan yg pasti beliau berniat utk membantu bkn mencari populariti.

Comments are closed.