Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyambung semula perkhidmatan kaunternya semula di Temerloh, Pahang dan Georgetown, Pulau Pinang esok.

Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan para ahli dan anggotanya sentiasa terjaga, KWSP akan terus melaksanakan SOP dengan menetapkan ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu
Online di laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu.

“Semua ahli mesti menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis cawangan dan semua ahli dikehendaki mematuhi langkah-langkah penjarakan fizikal yang ditetapkan pada setiap masa ketika berada di dalam premis cawangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, kedua-dua cawangan KWSP berkenaan ditutup kerana banjir.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast