Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz bercakap pada sembang santai di Pier 12 Seafood Tavern, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 09 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR –¬†Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan mengadakan sidang media pukul 2 petang esok di Bilik Melaka, Pusat Dagangan Dunia.

Bagaimanapun dalam jemputan yang diedarkan kepada media hari ini tidak dinyatakan agenda sidang media tersebut.

Namun dipercayai ia ada kaitan dengan desas-desus yang Nazri akan menarik diri daripada memberikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Sabtu lalu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan membuat pengumuman mengejutkan apabila secara tiba-tiba menarik diri daripada menyokong kerajaan PN.

Ahmad Jazlan tarik sokongan kepada PN

Tindakan beliau itu menjadikan kerajaan PN kini hanya dianggotai 110 Ahli Parlimen selepas Tengku Razaleigh Hamzah (BN Gua Musang) menolak untuk menyokong Belanjawan 2021 atas alasan kerajaan yang dibentuk sekarang tidak sah. – MalaysiaGazette