Siapa bakar Timbalan Perdana Menteri?

KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada UMNO belum muktamad, tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerah kepada dua calon iaitu Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbincang sesama mereka.

Selepas perbincangan selesai, Perdana Menteri akan membuat keputusan akhir dan mengumumkan nama timbalannya.

Sinchew Daily melaporkan, Muhyiddin bagaimanapun mahu timbalannya “menguasai” puak-puak berbeza dalam UMNO, supaya “kekecohan” yang ada dapat ditamatkan, sekaligus mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Sumber yang dekat dengan UMNO berkata, Muhyiddin bersedia memberi jawatan TPM kepada UMNO, tetapi “pemberian” itu tersekat kerana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu memegang posisi itu.

Disebabkan kes mahkamah Ahmad Zahid, Muhyiddin berharap jawatan itu diserahkan kepada calon yang lebih sesuai.

“Ismail Sabri mempunyai jawatan penting dalam parti dan beliau asalnya daripada kumpulan Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pelantikan beliau dipercayai dapat mengurangkan penolakan daripada UMNO,” kata sumber.

Walau bagaimanapun, sekiranya diberi pilihan, Perdana Menteri cenderung melantik Hishammuddin, terutamanya selepas beliau memberi kenyataan yang keras sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Selain itu, hubungan baik Hishammuddin dengan pihak China dan kerabat diraja Arab Saudi juga memberi “markah tambahan” kepada beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Sinchew Daily melaporkan khabar angin bahawa Muhyiddin berdepan masalah kesihatan dan perlu menyerah urusan pentadbiran kepada Hishammuddin semasa menjalani rawatan di Singapura adalah tidak berasas.

Kata sumber, Muhyiddin sibuk dengan pelbagai urusan dan beliau akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada esok yang akan menentukan prosedur operasi standard (SOP) dalam kawalan pergerakan. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Apa lah wartawan Malaysia Gazette ni..suka sebarkan spekulasi mcm Malaysiakini plak…come on lah! Jgnlah petik ‘sumber menyatakan’…sumber apa? Masa kat U tak belajar sistem rujukan dan bibliografi kah?

  2. Atas rasa hormat, perlu serah keputusan kepada presiden parti untuk tentukan. Bukan boleh main2 petik2 je macam petik buah kelapa?

    Kalau katakan Zahid ada kes mahkamah, godfather2 parti chauvinist juga punyai masalah serupa!

    Tak perlulah natizen nak mengajar ABAH KAU bagaimana cara hormat dan diplomasi!

  3. Lebih kurang je dengan kes Peja kat Perak. Umno mengamuk sebab pelantikan terus DUN UMNO sebagai Setiausaha Politik MB Perak. Susah nya nak bersatu.

  4. Dok doa org dpat bala sbb khianat. Tak sedar ka bala kat PH lg awal dpt sbb khianat janji pd rakyat?

  5. tanya pada bijaksana bijaksini bijaksitu Boleh selesai macam mee segera 9 MASALAH dn yg lain jika tukar PM /kerajaan….RENUNG BALIK kerajaan 22 bulan PUN banyak KENCING dari BUAT KERJA pada RAKYAT…Manifesto pun diKHIANATI selepas terima mandat rakyat

Comments are closed.