Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang peragut yang cuba melarikan diri dengan rantai emas yang diragut dari seorang pejalan kaki di ibu negara tidak kesampaian apabila dicekup mangsa serta orang awam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian berlaku pada 8 Januari lalu sekitar jam 10 malam.

“Mangsa seorang lelaki telah didekati suspek lalu meragut rantai emas ketila melalui di Jalan Tun Sambanthan.

“Ketika suspek cuba melarikan diri, mangsa bersama orang awam telah mengejar dan berjaya menangkap suspek yang berusia 32 tahun.

“Suspek didapati telah mengalami kecederaan semasa tangkapan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Dalam kejadian itu,  tambah beliau, pengadu telah mengalami kerugian seutas rantai leher emas yang dianggarkan bernilai RM3,800.

Hasil siasatan lanjut suspek didapati mempunyai 24 rekod lampau membabitkan pelbagai kes jenayah dan dadah.

Suspek telah direman selama hari sehingga 15 Januari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 10 tahun dan denda.

Anuar berkata, dengan tertangkapnya suspek ini, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes ragut lain di sekitar daerah Brickfields. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.