JAKARTA – Peranti yang digunakan Indonesia untuk mencari kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas mengalami masalah teknikal atau kerosakan peralatan.

Pihak berkuasa sedang menunggu peralatan ‘pengesan isyarat’ baharu yang akan tiba dari Singapura.

Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), Haryo Satmiko berkata, peralatan pemngesan isyarat yang dikendalikan pihaknya mengalami masalah teknikal atau kerosakan peralatan.

“Maka, kami sangat memerlukan bantuan untuk mencari kotak hitam,” katanya dalam satu kenyataan BBC

Di samping itu, penyelam telah menemukan lokasi kotak hitam yang merakam data penerbangan dan merakam suara juruterbang di kokpit.

Alat perakam itu dapat memberikan maklumat penting dalam siasatan kemalangan udara. – MalaysiaGazette