Sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan tujuh negeri termasuk Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang dan Kedah dengan 243 kes baharu Covid-19.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 kluster baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kesemuanya kini sebanyak 616 manakala dua kluster ditamatkan hari ini.

Kedua-dua kluster ditamatkan ialah  Kluster Tapak Bina Condong dan Kluster Seri Tasik sekaligus menyaksikan jumlah yang telah tamat sebanyak 346 kluster.

Salah satu daripada kluster baharu pula membabitkan  kes Covid-19 di sebuah majlis perkahwinan di Mantin Dalam, Negeri Sembilan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 270 kluster dan daripada jumlah itu sebanyak 71 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Choh sebanyak 161 kes, Kluster Tembok Mempaga sebanyak 110 kes dan Kluster Jalan Rami ialah sebanyak 109 kes.

Katanya, 11 kluster baharu dikenalpasti adalah dua kes di Selangor, tiga kes di Johor, dua di Kuala Lumpur dan masing masing satu di Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Kluster-kluster berkenaan yang dikenalpasti adalah Kluster Taman Integrasi, Kluster Jalan Ijuk,Kluster Jalan Rami, Kluster Kot, Kluster Tanjung Megah, Kluster Jalan Kasthuri, Kluster Jalan Thamby, Kluster Taman Batik, Kluster Bukit Bakar, Kluster Kampung Tengah dan Kluster Dialisis Malim.

“Kluster pertama iaitu Taman Integrasi adalah dikesan di tempat kerja di Gombak dan kes positif dikesan sejak 10 Januari lalu menerusi saringan bersasar di sebuah kilang dan nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang tersebut yang terletak di Rawang Integrated Industrial Park.

“Sehingga hari ini, sejumlah 250 individu telah disaring untuk kluster berkenaan dan 119 kes telah dikesan positif manakala kluster Jalan Ijuk pula dikesan di tempat kerja Petaling, Kuala Langat, Sepang, Klang dan Hulu Langat di Selangor.

“Kes positif dikesan sejak 10 Januari lalu menerusi saringan bersasar di sebuah kilang yang mana nama kluster berkenaan juga merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang terletak di Jalan Ijuk 26/5, Hicom Industrial Estate, Shah Alam.Sehingga ini sejumlah 262 individu telah disaring, dan 99 kes telah dikesan positif.

“Kluster ketiga iaitu Jalan Rami juga dikesan di tempat kerja di daerah Muar, Johor yang mana kes indeks ke-132,549 telah dilaporkan positif pada 9 Januari lalu hasil saringan sebelum
pulang ke negara asal dan saringan susulan di tempat kerja kes indeks mendapati seramai 111 lagi individu dikesan positif Covid-19.

“Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang terletak di Jalan Rami 4, Kawasan Perindustrian Bukit Pasir, Muar, Johor dan sejumlah 241 individu telah disaring, di mana 112 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Tambah beliau, kluster keempat Kluster Kota dikesan di Kampung Teluk Jeri, Tanjung Sedili, Kota Tinggi di Johor dan kes indeks ke-110,221 telah dilaporkan positif pada 30 Disember lalu hasil saringan individu bergejala.

Sehingga kini katanya, seramai 397 individu telah disaring dan 57 kes daripadanya telah dikesan positif.

Menurut Noor Hisham, Kluster kelima iaitu Tanjung Megah pula di tempat kerja dan tempat kediaman iaitu di Taman Megah, Pontian di Johor dan kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132,447) telah dilaporkan positif pada 9 Januari lalu hasil saringan kontak rapat.

Katanya, sehingga hari ini sejumlah 183 individu telah disaring untuk kluster berkenaan, yang mana 12 kes telah dikesan positif.

Ujar beliau, Kluster Jalan Kasthuri pula dikesan di tempat kerja Jalan Hang Kasthuri, Lembah Pantai dan Kepong di Kuala Lumpur yang mana kes-kes bagi kluster telah dilaporkan positif bermula pada 11 Januari lalu hasil saringan bersasar di sebuah syarikat pengawal keselamatan.

Jelas beliau, sehingga kini, sejumlah 61 individu telah disaring di mana 16 kes telah dikesan positif untuk kluster tersebut dan kluster ketujuh adalah Kluster Jalan Thamby.

“Kluster Tahamby juga dikesan di Jalan Thamby Abdullah Off Jalan Sambanthan, Brickfields Lembah Pantai di Kuala Lumpur dan kes positif dikesan bermula 5 Januari lalu hasil saringan bersasar di sebuah syarikat pengawal keselamatan yang mana sehingga sekarang sejumlah 45 individu telah disaring, dan 23 kes telah dikesan positif.

“Kluster kelapan iaitu Taman Batik dilaporkan di daerah Kuala Muda, Kedah membabitkan sebuah pasar raya Taman Batik di Sungai Petani dan kes indeks ke-135, 722 telah dilaporkan positif pada 10 Januari lalu hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga hari ini, sejumlah 11 individu telah disaring yang mana sembilan daripadanya kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya.

Malah tegasnya Kluster Bukit Bakar pula melibatkan Kampung Padang Malar, Bukit Bakar, daerah Machang di Kelantan iaitu kes indeks ke-115,060 telah dikesan positif pada 1 Januari lalu hasil saringan individu bergejala.

Beliau memaklumkan setakat ini sejumlah 154 individu telah disaring, dan 18 kes daripadanya telah dikesan positif dalam kluster ini.

“Kluster Kampung Tengah pula membabitkan sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di Kampung Tengah, Mantin Dalam, daerah Seremban di Negeri Sembilan yang mana kes indeks ke-127, 016 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Januari lalu hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga 13 Januari lalu, sejumlah 130 individu telah disaring, yang mana 20 kes daripadanya telah dikesan positif dalam kluster ini.

“Kluster Dialisis Malim melibatkan Pusat Dialisis di Jalan Malim, Balai Panjang, daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-130982 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Januari lalu hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga 13 Januari ini, sejumlah 75 individu telah disaring, yang mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” tegasnya.- MalaysiaGazette