Kemenangan pertama EPL musim ini membangkitkan semangat kepada Sheffield United untuk terus berjuang bagi memastikan keluar dari zon pinyingkiran tangga tercorot liga kali ini.

LONDON – Sheffield United mencatatkan kemenangan pertama musim ini selepas mengharungi 18 perlawanan dengan menundukkan Newcastle United 1-0 pada aksi awal pagi tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pemain gantian, Billy Sharp pada minirt ke-73.

Bagaimanapun Newcastle United yang beraksi dengan 10 pemain apabila Ryan Fraser dibuang padang pada minit ke-45 kerana melakukan terjahan kasar ke atas John Fleck dan David McFoldrick.

Sheffield dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil Andy Madley selepas melihat Sistem Video Penolong Pengadil (VAR).

Kemenangan itu juga mengakhiri rekod 20 perlawanan tanpa kemenangan pasukan itu sejak menewaskan Chelsea 3-0 pada 11 Julai tahun lalu sebelum mengakhiri musim 2019-20 dengan tiga kekalahan berturut-turut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast