Tengku Zafrul Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa pelbagai sketor ekonomi dan ekosistem kewangan tetap dibuka meskipun negara dalam darurut kesihatan.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, orang ramai masih boleh pergi ke bank dan institusi kewangan bagi menguruskan simpanan dan pelaburan seperti biasa.

Kerajaan dan agensi-agensi berkaitan juga akan memudahcara dan memastikan keadaan pasaran kekal kondusif dan teratur dalam tempoh tersebut.

“Dan saya jamin, bahawa ekosistem kewangan kita berdaya tahan dan mempunyai sistem pengurusan dan pengawalseliaan yang kukuh.

”Dari segi perniagaan dan ekonomi pula, sektor pembuatan dan perkhidmatan penting juga masih dibenarkan beroperasi, begitu juga dengan rantaian bekalan sektor-sektor tersebut,” katanya ketika memberi taklimat Laporan Laksana.

Kerajaan juga sudah memberi jaminan bahawa bekalan perlu akan dipastikan mencukupi, supaya aktiviti ekonomi utama boleh terus berfungsi.

Bagi pengusaha kecil dan mikro, gerai-gerai juga masih boleh dibuka dan beroperasi dalam tempoh ini, walaupun dengan prosedur operasi standard ang lebih ketat.

”Kita akan menjaga punca rezeki rakyat sebaiknya. Saya memahami bahawa keadaan yang kita hadapi adalah di luar jangkaan. Kerajaan telah berkali-kali membuktikan bahawa kita tidak akan berkompromi di dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul menasihatkan mereka yang layak menerima pelbagai bantuan langsung kerajaan seperti Bantuan Prihatin Nasional dan Geran Khas Prihatin agar sentiasa berhati-hati dengan individu dan sindiket penipuan yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam.

Pemohon dan penerima disarankan untuk merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

Dalam hal ini, Bank Negara Malaysia telah mewujudkan satu laman media sosial yang memberi banyak maklumat mengenai pelbagai jenis scam. Laman Facebook ini boleh dilayari melalui pautan https://www.facebook.com/amaranpenipua. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tengku, pergi bank buat apa. Duit kat bank tinggal RM2.15. Dah tak boleh withdraw lagi dua ringgit. Jaga apo???

  2. Buka bank nak buat apa? nak suruh rakyat pinjam duit kah? tu bukan tolong rakyat..tu tolong bank!

Comments are closed.