MGNews : Sambutan Ponggal ‘Meriah’ Walaupun PKP

Sememangnya sambutan Ponggal yang jatuh pada bulan Thai di Malaysia tidak asing dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini malah ianya disambut dengan meriah saban tahun.

Bagaimanapun tahun ini, sambutan Ponggal selama empat hari bermula semalam tidak seperti keselaluan berikutan penularan pandemik Covid-19 bukan sahaja di Malaysia sebaliknya secara global.