Kerja-kerja membaiki jalan antara Bidor dan Tapah sedang giat dijalankan oleh PLUS.

KUALA LUMOUR – Lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Bidor dan Tapah di KM330.05 hingga KM328.95 (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama lima harikepada semua kenderaan mulai jam 9 pagi, 18 Januari (Isnin) sehingga Jumaat, 22 Januari 2021 jam 12:30 tengah hari.

Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar.

Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Justeru, pelanggan yang menghala ke utara dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan.

Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.