Vitaman E yang dibangunkan MPOB

KUALA LUMPUR – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) membangunkan tiga teknologi berasaskan sawit untuk pengkomersialan oleh syarikat tempatan.

Antara teknologi atau formulasi yang ditawarkan ialah produk tablet boleh-kunyah Vitamin E/ Pecahan Kaya-Tokotrienol Sawit yang telah memenangi Anugerah Pingat Emas di Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke 28 (ITEX
2018).

Tablet boleh-kunyah yang diperkayakan dengan tokotrienol sawit adalah produk yang berkhasiat, lazat dengan pelbagai perisa berasaskan vitamin E sawit / pecahan kaya-tokotrienol (TRF) sebagai bahan aktif utama.

Vitamin E/TRF sawit terdiri daripada 70-80% vitamin E tokotrienols dan 20 -30% vitamin E tokoferol yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan termasuk mengatasi kekurangan vitamin E.

Ia berfungsi sebagai antioksida yang mampu melambatkan proses penuaan dan melindungi sel tubuh daripada kerosakan melalui proses pengoksidaan.

Menurutnya, Vitamin E/TRF sawit mempunyai ciri anti-penuaan, anti-barah, anti-
radang, anti-diabetes, mampu mengurangkan kadar kolesterol, menjaga kesihatan jantung, baik untuk otak (terutama kanak-kanak), melindungi fungsi kognitif (mengelakkan nyanyuk dan Parkinson) dan banyak lagi kebaikan kesihatan dan juga baik
untuk kulit, mata, rambut dan kuku.

Teknologi polyol berasaskan sawit digunakan untuk untuk penghasilan penglitup poliuretana bagi pasaran karpet rumput tiruan hiasan.

MPOB juga telah membangunkan teknologi polyol berasaskan sawit untuk penghasilan penglitup poliuretana bagi pasaran karpet rumput tiruan hiasan atau sukan.

Sementara itu, poliol berasaskan sawit boleh digunakan untuk menghasilkan
formulasi penglitup poliuretana berasaskan sawit untuk digunakan bagi menglitup pada permukaan belakang karpet sukan dan karpet rumput tiruan hiasan.

Penggunaan poliol berasaskan sawit bertujuan melindungi dan mengukuhkan
jahitan rumput tiruan pada permukaan karpet juga memberi kesan kusyen dan kekuatan mampatan yang sesuai dengan penggunaan karpet tersebut.

Penggunaan penglitup poliuretana berasaskan sawit dapat memenuhi permintaan
pengguna terhadap produk yang lebih mesra alam dan tahan lasak.

MPOB berkata, pengkomersialan teknologi MPOB akan meningkatkan penggunaan minyak sawit bagi pengeluaran produk pelekat.

Cecair pembasuh tangan yang diperkaya dengan Vitamin E.Tambahnya, MPOB turut  menawarkan teknologi dan formulasi produk pembersih tangan dan pelembap dengan Vitamin E.

Pembangunan teknologi ini telah mempelbagaikan penggunaan oleokimia sawit dan Vitamin E dalam produk pencuci khususnya bagi menangani penularan Covid-19.

Pensanitasi tangan konventional biasanya mengandungi kandungan alkohol yang tinggi dan boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berupaya merosakkan kulit jika kerap digunakan.

Dengan formulasi pensanitasi yang diperkaya dengan gliserin dan vitamin E sawit, selain
membersihkan tangan, ia juga meningkatkan dan mengekalkan kelembapan kulit serta melindunginya dari kerosakan akibat radikal bebas.

Katanya, syarikat tempatan dan pengusaha industri kecil dan sederhana wajar mengambil peluang perniagaan untuk mengkomersialkan teknologi berasaskan sawit yang dibangunkan oleh MPOB yang mempunyai potensi pasaran yang luas termasuk di luar negara. – MalaysiaGazette