Shahidan Kassim

TIMBALAN Speaker Dewan Negara ada berkongsi perlantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak. Salah seorang yang dilantik adalah Datuk Seri Shahidan Kassim.

Semua sedia maklum bahawa Shahidan mempunyai kes mahkahmah yang melibatkan gangguan seksual kanak-kanak bawah umur. Sudah tentu perkara sebegini menjadi satu bualan dan “impression” yang tidak sesuai dengan lantikan beliau.

Selepas isu mengenai Shahidan dikeluarkan, katanya Nizar Zakaria pula yang akan menggantikan Shahidan. Persoalannya di sini, tiada Ahli Perlimen Wanita ke di dalam Parlimen untuk dilantik sebagai sebahagian daripada ahli jawatankuasa?

Jawatankuasa yang dinyatakan disini adalah melibatkan Hal Ehwal Wanita dan kanak-kanak bukankah lantikan ahli parlimen wanita ada lebih baik? Wanita lebih memahami apa yang diperlukan wanita lain dan sudah tentu wanita adalah lebih dekat kepada kanak-kanak dari segi naluri keibuan mereka.

Kita ada Datuk Halimah Mohamad Sadique, Datuk Mas Ermieyati, Datuk Hanifah Hajar Taib dan ramai lagi ahli parlimen wanita lain yang boleh memangku jawatan tersebut. Bukan kah sepatutnya kita memperkasakan wanita?

Sudahlah pula ahli dewan rakyat wanita hanya lah seramai 32 orang sahaja, takkan  dengan jumlah yang kecil ini kita tidak mampu memperkasakan peranan mereka kedalam ahli jawatankuasa wanita dan hal ehwal kanak-kanak.

Perlunya lebih pemerkasaan wanita di setiap peringkat dalam negara bermula dari Dewan Rakyat yang sepatutnya menjadi contoh kepada organisasi lain.

 

Fatin Fariza
Naib Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia

1 Komen

  1. Kerajaan mabuk kuasa tak dapat buat pertimbangan wajar siapa yang layak dan patut dilantik dalam sesuatu tugasan. Inilah puncanya negara berkecamuk dan huruhara lantaran kepimpinan yang jahil yang semata mata menjaga kuasa supaya tidak hilang.

Comments are closed.