Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menaikkan sementara ambang penggunaan elektrik bagi mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA) dan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) bagi mengurangkan tekanan kenaikan bil elektrik ketika musim panas dan jerebu.

Presiden PUTRA, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, ambang AFA wajar dinaikkan dari 601 kepada 1,001 kilowatt-jam (kWh) sebulan manakala ambang KWTBB dicadangkan meningkat dari 301 kepada 601 kWh sebulan.

Kedua-dua langkah itu boleh dilaksanakan untuk tempoh terhad sepanjang musim panas dan jerebu yang menyaksikan peningkatan penggunaan elektrik oleh isi rumah.

“PUTRA memohon kerajaan memberi pertimbangan terhadap beberapa langkah bagi mengatasi isu kenaikan bil elektrik yang berpunca daripada peningkatan penggunaan ketika musim panas dan jerebu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selain pelarasan ambang berkenaan, Ibrahim turut mencadangkan supaya pemegang lesen elektrik diberikan ruang membuat tuntutan pengecualian cukai menerusi pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Langkah itu penting bagi memastikan aspek tadbir urus yang baik terus diberi perhatian dalam usaha menangani tekanan kos elektrik,” katanya.

Selain itu, kata Ibrahim, PUTRA turut mencadangkan supaya penglibatan masyarakat berpendapatan rendah dalam pemasangan sistem solar diperkasakan melalui kerjasama dengan institusi perbankan di Malaysia.

Kemudahan pembiayaan dengan kadar atau pulangan pinjaman yang rendah boleh membantu golongan berpendapatan rendah beralih kepada tenaga solar, selain menyokong agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) negara,” katanya.

Katanya lagi, PUTRA berharap kerajaan mempertimbangkan langkah bersasar dan bersifat sementara bagi membantu pengguna menghadapi peningkatan kos elektrik.

“Langkah itu perlu dilakukan tanpa menjejaskan usaha jangka panjang negara memperkukuh penggunaan tenaga boleh baharu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here