Nur Fadhilah memperkenal jamu berbentuk gula-gula yang pertama di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Syarikat produk kesihatan Bumiputera, Aura Dilla Empire di bawah jenama Nurrifa menyasarkan jualan RM1 juta sebulan sepanjang tahun ini di sebalik penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengasasnya, Nur Fadhilah Mohamad Puzi berkata, keyakinan itu berdasarkan produk Seeri yang memiliki keunikan di pasaran sebagai jamu moden yang mendapat sambutan luar biasa pada tahun lalu.

Beliau berkata, walaupun berdepan PKP, jualan syarikat telah disumbangkan menerusi atas talian oleh 200 ejen dan stokis yang aktif di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Ramai pengguna yang jatuh cinta dengan produk itu apabila rasanya tidak pahit seperti jamu lain kerana seperti mengunyah gula-gula berperisa lemon.

“Sebelum ini, golongan itu sudah biasa dengan jamu dalam kapsul, tablet, jus atau serbuk namun jenama Nurrifa mahu memberikan kelainan jamu dalam bentuk pastil atau gula-gula.

“Apatah lagi, rasanya seperti  lemon dan bukannya pahit atau kelat yang memudahkan pengguna mengamalkan secara konsisten dan pengambilannya boleh dimakan pada bila-bila masa dan mana-mana tempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nur Fadhilah yang lebih dikenali sebagai Dilla Puzi ketika ini merupakan pemilik Aura Dilla Empire dengan menghasilkan rangkaian produk kesihatan di bawah jenama Nurrifa.

Beliau membina empayar perniagaan bermula tahun 2018 dan hanya operasi dari rumah selama dua tahun. Memasuki tahun ketiga iaitu 2020, beliau berjaya membuka pejabat dan menggaji hanya seorang kakitangan.

Hasil jualan yang luar biasa, syarikatnya hari ini memiliki 20 orang pekerja dengan jualan RM200,000 sebulan ketika ini.

Sehingga kini Nurrifa memiliki rangkaian produk kesihatan terutamanya untuk golongan wanita, ibu dan kanak-kanak.

Antara produk paling laris dan mendapat sambutan hebat adalah Miracle Baby Cream dan Seeri Pastil Herba Wanita iaitu produk jamu gula-gula.

Mengulas lanjut, Nur Fadhilah mengakui idea mengeluarkan produk jenama sendiri adalah kerana ingin memberi manfaat  kepada masyarakat.

Jelasnya, sekiranya produk yang yang dihasilkan berkualiti, tempiasnya boleh membantu mereka yang ingin menjadi wakil jualan untuk mendapat pendapatan sampingan malah ada yang mampu memperolehi melebihi lima angka.

“Keuntungan yang diberikan syarikat sangat tinggi kepada wakil jualan kami kerana misi utama adalah berkongsi rezeki dan kesenangan bersama.

“Namun kami sama sekali tidak berkompromi dengan kualiti kerana setiap produk yang kami keluarkan mendapat kelulusan pihak berwajib antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia, logo Halal dan Mesti serta dihasilkan di kilang bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP),” katanya.

Mereka yang berminat menjadi wakil jualan Nurrifa atau membeli rangkaian produknya boleh melayari Facebook (FB) Nuriffa HQ atau laman www.nurrifa.com atau talian +60 16-500 3556.

Mereka juga boleh melayari Facebook: Dilla Puzi, Instagram: Jamu Seeri Malaysia dan Page FB: Jamu Seeri Malaysia. – MalaysiaGazette