Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Annuar Musa semasa Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2018.
KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa berpandangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi patut diberi peluang menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Presiden parti mengikut peraturan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh menyatakan pandangan tersebut di sebalik beberapa cadangan yang mahukan Ahmad Zahid ‘berehat’ daripada jawatan presiden.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan berlangsung pada tahun ini, justeru biarlah proses berjalan seperti biasa.
“Sementara itu sama sama berusahalah perbaiki keadaan parti,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.

1 Komen

  1. Dia baling batu lepas tu sembunyi tangan ..sekilas ikan diayer pun dah tahu jantan betina ..sudah lah annuar ..mu dah kena tolak …bersiaplah untuk berpindah parti ..mungkin kenyataan mu ni selepas hentamanmu yang tak berkesan ..mengguna balaci mu seprti yg dah dipaparkan . Kalu tk boleh nk bantu parti elok berundur atau berdiam diri .

Comments are closed.