M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah sebuah syarikat di Johor Bahru semalam berhubung isu kartel daging beku.

Dalam satu kenyataan, agensi penguatkuasa undang-undang itu memaklumkan, pengarah berusia 36 tahun itu direman selama enam hari bermula hari ini selepas permohonan reman tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

“Buat masa ini, SPRM masih aktif menjalankan siasatan dengan menganalisis maklumat, pengumpulan bukti-bukti serta akan membuat beberapa lagi tangkapan bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Menurut SPRM lagi, sejak 4 Januari lalu sehingga kini seramai lapan suspek telah pun direman bagi membantu siasatan.

Di samping itu, seramai 27 saksi juga telah dipanggil dalam siasatan kes tersebut dan mereka yang terlibat terdiri daripada pekerja syarikat, ejen pengimport serta pegawai kerajaan.

Katanya lagi, SPRM menyiasat kes berkenaan mengikut Akta SPRM 2009 yang menjurus kepada kesalahan menerima rasuah, mengemukakan tuntutan palsu serta kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen. – MalaysiaGazette