Gerakan mencadangkan perumahan flat dipasang jeriji besi demi keselamatan.Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas jatuh dari sebuah blok Program Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Maju di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supritendan Rajab Ahad Ismail, mangsa ditemui lengkap berpakaian terbaring dan berlumuran darah di kawasan parkir motosikal di PPR tersebut  kira-kira pukul 10.30 malam.

Bagaimanapun polis tidak memaklumkan mangsa jatuh daripada tingkat berapa.

“Menurut keluarga mangsa, beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Mangsa dipercayai pergi ke sana untuk melawat abangnya yang tinggal di blok tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Siasatan lanjut kemudiannya mendapati mangsa mempunyai masalah mental kerana memiliki buku rawatan Jabatan Psikiatri & Mental Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mayat mangsa dibawa ke HKL untuk bedah siasat dan punca kematian disebabkan kecederaan parah terjatuh dari tempat yang tinggi.

Polis mengklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut.-MalaysiaGazette